ANGGUR MUSCADINE
Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur
di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom yang mana ahli sains
percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan
kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu
phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah
menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus
dan anti-bakteria.
Selepas dilakukan kaji selidik tambahan,
jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. Seterusnya kumpulan
ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu
proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu
tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam
beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol
yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau
tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu.
Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan
selular Vivix.
2.
PURPLE CARROT
Ianya adalah sumber terbaik Vitamin A dan
mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes,
isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan
yang mustajab iaitu bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada
buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali
blueberry yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.
Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam
carrot yang berwarna ungu kuning dan ungu oren dan carrot ungu kuning
mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi diikuti oleh carrot ungu oren. Asid
klorogenik adalah antioksidan paling banyak di dalam semua jenis carrot. Asid
klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan
dengan pengambilan kopi.
Sejak kebelakangan ini, kajian telah
menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi termasuk
antioksidan, anti radang, anti microbial dan anti carcinogen. Tambahan pula, ia
juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang
berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
3.
ELDERBERRY (Sambucus Nigra)
Satu daripada manfaat Elderberry adalah
keberkesanannya dalam mengubati simptom selsema, terutama sekali Influenza B.
Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dengan
yang demikian mengukuhkan system imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang
dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga dapat
mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan
selsema atau influenza.
Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya
kaya dengan antioksidan tetapi juga Vitamin A, B, C dan nutrient seperti asid,
asid amino, carotenoids, tannin dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan
yang didapati dari Elderberry. Selain daripada menguatkan system imun, untuk
melawan jangkitan virus, Elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap
keadaan seperti selsema, jangkitan yeast, asthma, batuk, sesak hidung dan dada
serta diabetes. Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang
oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting
penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi
perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan
serangan sakit jantung. Seterusnya, lagi manfaat penting dari Elderberry adalah
pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan juga baik untuk penghadaman.
4.
POLYGONUM CUSPIDATUM
Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai
Knotweed Jepun adalah tumbuhan perennial yang besar berasal dari Asia yang juga
banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber
komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan
juga biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak
manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti penuaan seperti
resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli Sains telah
banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan
resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu
melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah,
meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk
memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplemen anti penuaan ini adalah
masa. Di masa akan datang, usia purata adalah di dalam lingkungan 120 tahun,
mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu
lagi terobosan saintifik yang penting ini.
No comments:
Post a Comment