APA ITU PURPLE CARROT ?
Purple carrot
Ianya adalah sumber terbaik Vitamin A dan
mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes,
isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan
yang mustajab iaitu bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada
buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali
blueberry yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.
Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam
carrot yang berwarna ungu kuning dan ungu oren dan carrot ungu kuning
mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi diikuti oleh carrot ungu oren. Asid
klorogenik adalah antioksidan paling banyak di dalam semua jenis carrot. Asid
klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan
dengan pengambilan kopi.
Sejak kebelakangan ini, kajian telah
menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi termasuk
antioksidan, anti radang, anti microbial dan anti carcinogen. Tambahan pula, ia
juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang
berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
Sebarang pertanyaan, konsultasi & order boleh hubungi saya di :
Dikda,
Call/ sms/ whatsapp : 014-8009939
FB : Shaida Fariza
Dikda,
Call/ sms/ whatsapp : 014-8009939
FB : Shaida Fariza
No comments:
Post a Comment