Disebabkan mata tak nak pejam dan tidur tak lena. Jadi, dikda baca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI yang ditulis oleh saudara Fathuri Salehuddin :)
Actually buku nie bos tempat keje yang bagi sorang satu. Thanks to Encik Nik Mohd Alimin. Dikda doakan semoga bertambah-tambah rezeki encik nanti. Aamiinn
Jommm kita timba ilmu baru :)
Mesti ramai yang tak tahu kan? Surah Al-Fatihah boleh menjemput rezeki. Surah ini sengaja dipilih kerana kita semua sudah menghafalnya dan boleh diamalkan serta merta apabila mengetahui kaedah ini :)
Maka, pilihlah kaedah mengikut kemampuan yang kita ada. Lain orang lain kesibukannya. Ye dok? Hehe
Di sini, ada 4 kaedah yang boleh dipilih dan diamalkan.
-----------------------
KAEDAH 1
-----------------------
Masa membacanya : Di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh. Baca sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut. Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi Surah Al-Fatihah.
-----------------------
KAEDAH 2
-----------------------
Masa membacanya : Selepas selesai setiap solat 5 waktu. Baca sebanyak 7 kali.
-----------------------
KAEDAH 3
-----------------------
Masa membacanya : Di tengah malam (semasa bangun untuk solat tahajjud). Baca sebanyak 41 kali.
-----------------------
KAEDAH 4
-----------------------
Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian baca surah Al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3, 5 atau 7 hari. Membaca Al-Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wuduk.
******PENDINDING KETIKA TIDUR******
• Surah Al-Fatihah sekali
• Surah Al-Ikhlas 3 kali
• Surah An-Nas sekali
• Surah Al-Falaq sekali
• Baca sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara daripada mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
Alhamdulillah :)
Lega boleh sampaikan ilmu pada semua orang. Kadang-kadang manusia nie tak suka membaca buku. Dorang lebih percayakan media sosial. So, dikda sebarkan melalui media sosial ilmu yang dikda baca nie.
Btw, sebelum dikda terlupa. Dalam Shaklee kami juga telah di ajar ilmu nie sebenarnya. Salah satunya adalah membaca Surah Al-Fatihah semasa bangun tidur dan sedekahkan bacaan tu kepada kedua ibu bapa kita.
Cuba la amalkan! Insya-Allah. Tenang je hidup seharian bila awal pagi kita dah mendoakan untuk kedua ibu bapa kita. Dikda da buat. Korang bila lagi? Hehe
Semoga bermanfaat untuk semua :)
Tataa..
Dikda,
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment