Monday, December 21, 2015

Amalan Mudahnya Menjemput Duit

Assalamualaikum wbt :)

Bertemu lagi. Apa khabar? Semoga anda semua berada dalam lindunganNya. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat yang telah diberikan olehNya hari ini. 

Sudahkah anda bersyukur hari ini? Jika sudah. Alhamdulillah. Anda seorang insan yang akan berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah. :)

Pagi nie Dikda terpanggil lagi untuk berkongsi tentang Amalan Mudahnya Menjemput Duit. 

Sape tak nak duit. Orang gila pun nak kan duit. Apatah lagi kita. Ye dok? Orang kaya pun berlumba-lumba nak dapatkan duit. Apatah lagi orang yang tidak berkemampuan. Tambahan dengan dunia sekarang yang segala bagai perlukan duit. Masuk toilet pun da up sekarang nie. Dulu 10sen. Sekarang?? Tolong jawabkan untuk Dikda ye. Hehe

Actually amalan ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Kemudian, amalan yang sama diuji kepada salah seorang penjual buku MMR. Beliau amalkan selama 4 minggu. Dan hasilnya...?? Subhanallah, Masya-Allah, Allahuakbar ! 

Rezeki (duit) yang sebelumnya diperoleh dalam tempoh sebulan (gaji) dapat diraih dalam sehari saja. Yakni melalui sebuah perniagaan kecil-kecilan.

Haaa. Mesti excited kan? Jom kita tengok apakah amalannya...??

Pada setiap hari Jumaat, beliau bersedekah duit. Di mulai dengan RM100. Jumaat berikutnya RM200 dan ia terus ditambah sehingga minggu ke-4 menjadi RM400. 

Hasilnya?

Perniagaan kecil-kecilan yang beliau usahakan pernah mencapai keuntungan RM4,000 sehari. Subhanallah ! Allahuakbar ! 

Jika amalan ini diteruskan selama setahun, berapakah agaknya sedekah beliau setiap hari Jumaat? 

Beranikah saudara saudari sahabat kesayangan Dikda sekalian untuk mencuba amalan ini? 

Baiklah. Sebagai motivasi, suka untuk Dikda beritahu bahawa pembaca yang berkongsi amalan ini sudah BERJAYA meningkatkan keyakinan sehingga mampu bersedekah RM10,000 setiap minggu. Ya! Beliau bersedekah jumlah itu dengan senang hati kerana beliau yakin dengan janji Allah. 

Mesti kesayangan Dikda sekalian masih berfikir untuk mencuba amalan ini atau sebaliknya. Betul tak? 

Okay. Ni 5 tips yang Dikda nak kongsikan dengan sahabat sekalian. Dan suka untuk Dikda beritahu bahawa antara tips yang Dikda bagi juga diajar oleh Mak, Abah, Along, Diboq dan dalam Group Shaklee kami :)

1. Bahagikan duit gaji anda seperti berikut :
• 10% Sedekah
• 20% Simpanan
• 20% Kecemasan
• 50% Belanja 

**** 10% duit sedekah itu akan digunakan sepanjang bulan tersebut untuk anda bersedekah****

atau 

2. Simpan RM1 setiap hari. Dan bila cukup 30 hari simpanan. Anda boleh sedekah kepada tabung masjid atau sebaliknya. 

atau

3. Jadikan 1 note untuk anda simpan. Contohnya RM5. Jika anda mempunyai note RM5 maka anda perlu menyimpannya di dalam "Tabung Sedekah". Akhir bulan, anda boleh ambil duit dari tabung tersebut dan sedekahkan pada mana-mana masjid yang anda pergi atau pada orang yang memerlukan. Awas ! Jangan TERguna duit "Tabung Sedekah" tu pada akhir bulan disebabkan anda sudah "tersepit"..  Hehe :)

atau

4. Bila anda pergi masjid. Buka purse/ wallet. Ambil note yang paling besar nilainya yang ada dalam purse/ wallet anda. Dan sedekahkan ke dalam tabung masjid. Jaga2, jangan sebab tips nie, anda tak nak ke masjid lagi. Kihkih :p

atau

5. Bila anda terlihat ada kanak2, makcik atau pakcik tua yang menjual tisu. Belilah dan sedekahkanlah padanya walaupun anda tidak memerlukan tisu pada waktu itu. RM2 sangat bermakna untuk mereka yang sangat memerlukan. 

Nie adalah cara Dikda dan hanyalah contoh sahaja. Masing-masing ada cara tersendiri. Buat mengikut kesesuaian dan apa yang kita sendiri selesa. 

Dan....

Ikhlaskan NIAT untuk beribadah. Buang segala perasan yang negatif semasa bersedekah. InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan olehNya. 

Dapat tak tips tu sayang-sayang sekalian? So lepas nie anda semua dah boleh bersedekah dengan senang hati. Tak kisah macam mana sekali pun cara anda. Jadikan amalan nie salah satu kewajipan dalam kehidupan seharian anda dan keluarga.

Dikda dah amalkan tips nie & alhamdulillah syukur kepadaNya. Rezeki Dikda sangat2 mencukupi. 

Dan....

Setiap bulan Dikda akan tanya Mak & Diboq. "Kenapa duit adik ada lebih?". Dikda akan repeat soalan tu pada setiap bulan. 

Dan....

Jawapan yang sama jugak akan diberikan oleh Mak & Diboq setiap bulan. "Alhamdulillah.. Rezeki berkat :)"

Allahuakbar ! 

Awal-awal dulu perasaan takut sangat2 menguasai diri. Syaitttooonnn betul lah! 
"Kang aku yang xde duit kalau aku bg orang". Yes ! Dulu ayat nie memang setiap hari lah akan hadir bila Dikda nak menghulurkan tangan. Tapi ku gagahkan jua jiwa dan raga nie untuk bersilat dengan syaittoonn laknatullah tu. Hehe

And yes ! Dikda menang. Syaiittoonn tu kalah. Dan Dikda bahagia dengan kehidupan sekarang. Tenang. Bahagia. 

Betul! 

Segala-galanya perlukan duit. Tapi ingatlah. Rezeki kita belum tentu hak kita :)

         ------------------------------------------------
Rasulullah SAW akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin seperti Abu Dzar Al Ghifari, Bilal dan Abu Dhamdham. Kerana terlalu ingin tahu, Abu Dzar pernah bertanya "Wahai Nabi Allah. Engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?" Rasulullah SAW menjawab dengan satu kalimat yang diulanginya tiga kali berturut-turut "Sedekah itu sesuatu yang ajaib!". 
         ------------------------------------------------

Jadi, marilah kita bersedekah :)

Doakan Dikda dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ye sahabat-sahabat :)

Dikda doakan setiap yang membaca entry ini diperbanyakkan rezeki yang halal lagi berkat. InsyaAllah. Aamiinn....

Semoga entry nie memberi seribu manfaat untuk semua. :)

Salam sayang,
Dikda
Founder of DD Rich Empire



No comments:

Post a Comment