Monday, April 24, 2017

SHAKLEE SUMBANG BANTUAN NUTRISI

SHAKLEE MALAYSIA mengumumkan kerjasama dengan Yayasan MyKasih dalam membantu menyalurkan keperluan nutrisi untuk kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik.

Pengumumam ini dibuat pada majlis pelancaran projek kemasyarakatan Shaklee Malaysia – Shaklee Cares for Our Children di Petaling Jaya baru baru ini.

            Melalui projek tersebut, Shaklee Malaysia akan menyalurkan bantuan sejumlah lebih RM1 JUTA dalam bentuk minuman nutrisinya iaitu Shaklee Mealshakes kepada 2,000 orang keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.
            Produk itu akan diberikan kepada kumpulan pertama untuk enam bulan pertama dan kumpulan kedua pada enam bulan berikutnya. Turut menerima sumbangan, 5,000 keluarga lain yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.
            “Dengan kebanyakan daripada keluarga ini tinggal dalam kedaifan, keperluan nutrisi jarang dapat dipenuhi menyebabkan masalah kesihatan terutama kanak-kanak. Di sinilah Shaklee Malaysia dapat bantu,” kata Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim.
            Shaklee Cares for Our Children dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail. Turut hadir, Pemegang Amanah Yayasan MyKasih, Siti Khairon Shariff.


Ahad; 0ktober 26, 2014.

No comments:

Post a Comment