Pengumumam ini dibuat pada majlis pelancaran projek kemasyarakatan
Shaklee Malaysia – Shaklee Cares for Our Children di Petaling Jaya baru baru
ini.
Melalui
projek tersebut, Shaklee Malaysia akan menyalurkan bantuan sejumlah lebih RM1
JUTA dalam bentuk minuman nutrisinya iaitu Shaklee Mealshakes kepada 2,000
orang keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.
Produk itu
akan diberikan kepada kumpulan pertama untuk enam bulan pertama dan kumpulan
kedua pada enam bulan berikutnya. Turut menerima sumbangan, 5,000 keluarga lain
yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.
“Dengan
kebanyakan daripada keluarga ini tinggal dalam kedaifan, keperluan nutrisi
jarang dapat dipenuhi menyebabkan masalah kesihatan terutama kanak-kanak. Di
sinilah Shaklee Malaysia dapat bantu,” kata Presiden Shaklee Malaysia, Victor
Lim.
Shaklee
Cares for Our Children dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak
Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail. Turut hadir, Pemegang Amanah Yayasan MyKasih,
Siti Khairon Shariff.
Sumber : www.sinarharian.com.my/rencana
Ahad; 0ktober 26, 2014.