Tuesday, January 19, 2016

Welcome 2016

Assalamualaikum 2016 :)

*sapu sesawang*

Lama bebenor tinggal. Muehehe. Alhamdulillah. Syukur kepadaNya masih diberi kesempatan untuk terus kecapi nikmat hidup atas muka bumi pinjamanNya yang sementara waktu nie :) - (macam bg talk pulak) kikiki :p

Apa khabar semua? Dikda harap korang sume sihat walafiat. Kalau sakit sila beli NUTRIFERON cecepat. Tak tahu nak beli kat mane? Haaa. Apa lagi? Contact dikda nie haa. Muehehe 

Dah masuk 2016 nie. Apa azam korang? Berangan ehh? Azam 2015 pun belum tercapai. Dah nak buat azam baru konon :p 

Yang pasti, azam 2015 dikda 70% tercapai. Alhamdulillah syukur Ya Allah :)

So bercakap tentang azam nie. Tahun 2016 nie sikit je tambahan azam yang dikda nak capai. Salah satu daripadanya ialah berazam untuk mendapatkan Azam. 

Opssss ! Salah eh. Hehe

Yang sebetulnya, azam tahun nie dikda berazam nak jadi yang terbaikkkkk untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Nak bantu semua orang yang memerlukan bantuan dikda. Senang cite, nak habiskan sisa2 hidup yang tak berapa nak ada nie dengan menolong orang di sekeliling. 

InsyaAllah.. Semoga Allah permudahkan setiap urusan dikda sepanjang tahun 2016 nie. 

Actually, berharap sangat miracle happens dis year. *wink wink*.. Berangan Tengku Faris masuk meminang gituu. Haha (mati dalam angan2 laa kau mak jemah oiii). :p

Untuk entry permulaan tahun nie. Dikda just nak listkan beberapa pengajaran yang dikda dapat berdasarkan kehidupan selama setahun pada tahun 2015. Antaranya ialah...... Jeng jeng jeng

1. JANGAN TERLALU BAIK PADA ORANG. Sebab apa? Once kita buat baik. Confirm ! Orang akan pijak kepala kita. 80% manusia yang macam ni, dikda da buang jauh2 dari hidup dikda. Cukuplah ! 

2. USAHA UNTUK DAPATKAN APA YANG KITA NAK. Allah akan bagi apa yang kita nak. Yang penting kita tawakal dan usaha mengikut jalanNya. Setiap usaha melalui titik peluh sendiri, insyaAllah keberkatan sentiasa mengiringi dalam setiap perjalanan hidup kita. 

3. SAHABAT SUSAH, KAWAN SENANG.
Faham tak maksud dikda? Yes! Good guys :). Ramai sangat Dikda jumpa SAHABAT yang sangat2 memerlukan dikda ketika mereka susah. Tapi bila mereka senang, automatik SAHABAT bertukar menjadi KAWAN. So selepas susah senang Dikda hadapi, Dikda kenal siapa SAHABAT Dikda yang sebenarnya. Thanks NNMR. Lappp u :*

4. JANGAN DENGAR APA ORANG KATA. Sebab apa? Bukan mereka yang tentukan nasib kita. Kita sendiri yang tentukan nasib kita. So let it go. Buat apa yang korang rasa perlu. Tapi jangan melebihi batas ! 

5. KELUARGA SEGALANYA. Yes ! Susah senang hidup korang. Keluarga lah segala-galanya. Korang gaduh ngan sibs sekalipun. Akhirnya, sibs korang jugak tempat korang minta tolong. Tp selama dikda hidup, baru sekali Dikda gaduh dengan Along (seingat Dikda la). Well.. Adik kesayangan katakan. Hehe :p

Penat dah menaip. Cukuplah 5 pengajaran yang Dikda dapat sharing ngan korang. Yang penting, PERCAYA DENGAN KATA HATI. Setiap kejadian, ada hikmahnya yang tersendiri. Allah Maha Mengetahui setiap perjalanan hidup kita. Berdoalah. Anda mampu mengubahnya :) (mcm iklan jalanraya lak) 

Setakat nie dulu untuk entry kali nie. Next, nak share tentang Shakleeeeee.
Thanks sudi membaca !

Semoga bertemu lagi.

Salam Sayang,
Dikda